TANAH KELAHIRANKU

www.ahmadalqadry.com

18.39

NAMA " QADRY "

Diposting oleh ahmad al - qadry


Yang pertama kali dijuluki (digelari) "Al-Qadri" ialah Waliyullah Muhammad bin Salim bin Abdullah bin Muhammad bin Salim bin Ahmad bin Abdurrahman bin Ali bin Muhammad bin Hasan Al-Muallim bin Muhammad bin Hassan Atturabi.


Soal gelar yang disandangnya kerana Beliau dalam semua aspek kehidupannya selalu menyerahkan dirinya (pasrah) pada Takdir Allah, terutama sewaktu ditimpa suatu musibah (bencana) hal tersebut menunjukkan bahwa Beliau seorang yang beriman kuat sekali. Kata Taqdir berasal dari bahasa Arab yang sinonimnya iaitu "Al-Qadar". (Telaah Al-Mu'Jamul Lathif halaman 158) Waliyullah Muhammad Al-Qadri dilahirkan di Tarim, Hadralmaut. Dikurniai 2 orang anak lelaki yang melanjutkan keturunannya, masing-masing bernama:


1. Abdullah, keturunannya hanya berada di Macha (Hadhralmaut).
2. Husein, keturunannya kebanyakkan berada di Indonesia, termasuk: diantaranya Sultan Abdurrahman bin Waliyullah Al-Habib Husein bin Ahmad Al-Qadri, Pendiri Kota Pontianak (Kalimantan). Beliau dikurniai 66 anak. Wafat pada tahun 1231 Hijrah di Batu Layang Pontianak. Waliyullah Muhammad bin Salim Al-Qadri pulang ke Rahmatullah di kota Tarim pada tahun 1079 Hijrah. Semoga Allah swt memasukkan Beliau ke dalam Syurga dan menghimpunkan bersama-sama para Nabi, para Syuhada, para Auliya dan para Sholihin. Amin...

0 komentar:

Posting Komentar